KPKI TVET 2017

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

LOGO IPG KPM.JPG - 60.11 kb           daftar1.jpg - 11.22 kb

KURSUS PENDEK KELOLAAN INSTITUT (KPKI)

IPG KAMPUS TEKNIK

BAGI TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL DAN PVMA

TAHUN 2017  

  OBJEKTIF KURSUS :

 1.   Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan bagi guru-guru Kolej Vokasional.

2.   Memantapkan lagi ilmu berkaitan dengan bidang serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru-guru Kolej Vokasional.

3.   Memenuhi keperluan kursus yang dikehendaki dikalangan guru-guru Kolej Vokasional berteraskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional.

 

SENARAI KURSUS PENDEK KELOLAAN  INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TAHUN 2017

 

BIL

 

 

NAMA KURSUS

 

TARIKH

 

TEMPOH

 

BIDANG

 

KOS / SEORANG

PESERTA

 

JUMLAH PESERTA

1

AUTOMOBILE  AIR CONDITIONING

25/9/2017-29/9/2017

 

4 HARI

TEKNOLOGI PENYEJUKAN

DAN

PENYAMANAN UDARA

RM 685.00

20 ORANG

2

GAS METAL ARC WELDING (GMAW) 

4/9/2017 – 7/9/2017

4 HARI

TEKNOLOGI KIMPALAN

RM 885.00

20 ORANG

3

LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD 3D)

16/10/2017 – 19/10/2017

4 HARI

TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

RM 685.00

20 ORANG

4

AUTOMOTIVE WORKSHOP IMPLEMENTATION AND SERVICE MANAGEMENT

25/9/2017 – 29/9/2017

4 HARI

 

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

RM 685.00

20 ORANG

5

KURSUS NATURAL GAS VEHICLE (NGV) SYSTEM

 

9/10/2017 - 13/10/2017

4 HARI

RM 685.00

20 ORANG

6

CELIK KEWANGAN (CK)

16/10/2017 – 18/10/2017

2 HARI

PERDAGANGAN

RM 495.00

20 ORANG

7

JAHITAN PAKAIAN WANITA ‘EVENING DRESS’

9/10/2017 – 12/10/2017

4 HARI

JAHITAN

RM 1085.00

20 ORANG

8

MENJAHIT BEADS, SEQUINS & PATCH LACE

11/9/2017 – 13/9/2017

3 HARI

JAHITAN

RM 785.00

20 ORANG

9

SENI KREATIF JAHITAN (TIED&DYE, PACHTWORK, RECYCLE FABRIC, FABRIK ISTIMEWA, SULAMAN TANGAN)

2/10/2017 – 5/10/2017

4 HARI

JAHITAN

RM 785.00

20 ORANG

  
 
update 13.8.2017

 

Refrigeration and Air Conditioning Autocad Drawing (Basic) 

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam lukisan penyejukan dan penyamanan udara, melukis simbol dan pendawaian skematik, melukis simbol salur udara dan salur udara, melukis simbol pemaipan dan pemaipan bahan pendingin dan paip air  dengan berbantukan komputer.

 

Automobile Air Conditioning

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih peserta bagi mengesan, mengenal pasti kerosakan komponen, menyelenggara, membaiki dan mengganti komponen sistem penyamanan udara yang rosak. Mengesan kerosakan saluran udara dan mengecas bahan pendingin mengikut prosedur yang betul.

  

Gas Metal Arc Welding (GMAW) 

SINOPSIS KURSUS:

Kimpalan Arka Logam gas atau Gas Metal Arc Welding (GMAW) dikenali juga sebagai Kimpalan Arka Logam Gas Lengai atau Metal Arc Welding (MIG) Kimpalan MIG digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam. Kimpalan MIG banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik. Selain keluli karbon, kimpalan MIG juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel). Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang lain yang dibekalkan secara batang atau rod. 

 

LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD 2D)

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam Lukisan Berbantu Komputer (CAD). Asas CAD menekankan kepada pengenalan CAD 2D iaitu perkakasan, perintah asas, arahan melukis, membina teks, perintah pengeditan, pendimensian dan mengaplikasi kemahiran CAD 2D untuk melukis Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri. Kursus ini merangkumi reka bentuk projek dengan menggunakan lukisan berbantu komputer yang terdiri dari aplikasi lukisan 2D.

 

LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD 3D)

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam Lukisan Berbantu Komputer (CAD). Asas CAD menekankan kepada pengenalan CAD 3D iaitu perkakasan, perintah asas, arahan melukis, membina teks, perintah pengeditan, pendimensian dan mengaplikasi kemahiran CAD 3D untuk melukis Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri. Kursus ini merangkumi reka bentuk projek dengan menggunakan lukisan berbantu computer yang terdiri dari aplikasi lukisan 3D (wireframe, suface dan solid).

 

AUTOMOTIVE WORKSHOP IMPLEMENTATION AND SERVICE MANAGEMENT

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini merupakan kursus soft skill yang memberi pendedahan kepada peserta kursus bidang automotif untuk menjadi seorang penyelia atau pengurus yang mengurus sebuah bengkel kereta dengan baik. Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta kursus untuk merancang menyediakan satu premis pusat servis kenderaan yang baru. Pengetahuan dalam mengurus sebuah bengkel amatlah perlu kerana ianya dapat membantu pengurusan agar lebih cekap dan berkesan. Kursus dilaksanakan secara teori dan pembentangan berdasarkan kandungan yang terdapat dapat NOSS JPK bagi SKM Tahap 4 dan 5.

 

KURSUS ENGINE MANAGEMENT SYSTEM 

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini adalah untuk menyediakan peserta kursus dengan kecekapan yang diperlukan bagi melakukan kerja diagnosis pengurusan enjin dan supplementary inflatable restraints (SIR), system check using service manual, hand tools, special tools, diagnostic scan tools / computer, connecting cables and service manual. Ini termasuk lokasi unit kawalan mengenalpasti, menyambung, dan menjalankan pemeriksaan diagnostik. Pengetahuan dan kemahiran menggunakan scan bus machine ini akan membantu perserta kursus menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan lebih berkeyakinan. Kursus dilaksanakan secara teori dan pembentangan berdasarkan kandungan yang terdapat dapat NOSS JPK bagi SKM Tahap 4 dan 5.

 

KURSUS NATURAL GAS VEHICLE (NGV) SYSTEM

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini adalah untuk menyediakan peserta kursus dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi natural gas vehicle (NGV) yang dipasang pada kenderaan masa kini. Peserta kursus didedahkan dengan teori dan amali pemasangan sistem peranti alat NGV pada kenderaan. Peserta kursus juga diberi pendedahan bagaimana untuk mengesan kerosakan serta kerja-kerja penyelenggaraan keatas kenderaan yang mengunakan peranti NGV. Pengetahuan dan kemahiran akan membantu perserta kursus menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan lebih berkeyakinan. Kursus dilaksanakan secara teori dan amali berdasarkan kandungan yang terdapat dapat NOSS JPK bagi SKM Tahap 4 dan 5.

 

AKTA BEKALAN DAN PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dirangka untuk memberi kefahaman tentang kandungan dalam akta bekalan dan peraturan-peraturan elektrik, khususnya Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 serta pindaan-pindaan yang telah dibuat. Di antara isi kandungan yang akan dibincangkan merangkumi fungsi, tugas dan kuasa badan-badan yang berkaitan; pembekalan oleh pemegang lesen, kesalahan dan penalti; peraturan-peraturan pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan

 

KURSUS KAWALAN MOTOR

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini dirangka untuk memberi kefahaman tentang asas pendawaian elektrik, peraturan yang berkaitan dan kaedah menjalankan pengujian serta penyelenggaraan dengan cara yang betul dan selamat Diantara isi kandungan kursus yang akan dilaksanakan adalah merangkumi teori dan amali pendawaian supaya peserta bukan sahaja memahami secara teori bahkan boleh melakukankan secara amali.

 

MICROCONTROLLER

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini memberikan peluang bagi mempelajari asas pengawal mikro serta applikasinya. Mengaturcaraan serta prosedur-prosedur memuatnaik program arahan ke pengawal mikro juga turut dipelajari.

 

LUKISAN BANGUNAN BERBANTUKAN KOMPUTER (AUTOCAD)

SINOPSIS KURSUS:

Kursus yang ditawarkan ini adalah merangkumi pemahaman terhadap pelan lukisan senibina dan pelan struktur bangunan, dalam masa yang sama peserta juga dibantu untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan perisian AUTOCAD.  Pelan yang dihasiklan adalah menepati standard atau piawaian industri binaan Malaysia.

 

CELIK KEWANGAN (CK)

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini memberi fokus kepada pengurusan kewangan peribadi yang meliputi enam elemen celik kewangan iaitu:   

i.              Wang, sumber dan kerjaya 

ii.             Tanggungjawab dan Membuat Keputusan

iii.            Pengurusan dan Perancangan Kewangan

iv.            Simpanan dan Pelaburan  

v.             Pengurusan Kredit dan Hutang 

vi.            Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

Kursus Celik Kewangan ini akan dilaksanakan melalui pelaksanaan sesi latihan untuk mengukuhkan dan memperkaya kefahaman peserta kursus tentang kandungan keenam-enam elemen.

 

Kursus SKM Tahap 3: Jahitan Pakaian Wanita

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini ditawarkan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan alat, bahan untuk diaplikasi ke atas pakaian malam /evening dress dengan menggunakan bahan- bahan hiasan seperti BEADS, SEQUINS & PATCH LACE.

 

Kursus SKM Tahap 3: Jahitan Pakaian Wanita Seni Kreatif Jahitan (Tied&dye, Pachtwork, Recycle Fabric, Fabrik Istimewa, Sulaman Tangan)

SINOPSIS KURSUS:

Kursus ini ditawarkan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan alat, bahan untuk menghasilkan jahitan seni kreatif.

 

The Arts Of Garde Manger

SINOPSIS KURSUS:

A garde manger is a cool, well-ventilated area where cold dishes (such as saladshors d'œuvres, appetizers, canapéspâtés and terrines) are prepared and other foods are stored under refrigeration and perform additional duties, such as creating decorative elements of buffet presentation like ice carving and edible centerpieces made from materials such as cheese, Thai fruit and vegetable carvings, butter, salt dough or tallow.

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker